
MELODI
Susunan pic secara melintang.·
- Susunan pic tinggi,rendah dan sederhana·
- Pic boleh bergerak menuju kearah tinggi,rendah dan mendatar – jeda·
- Pic boleh bergerak secara bertangga atau melompat – skel·
- Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan anatara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic – frasa lagu·
- Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu·
- Pic boleh disusun secara berurutan – sekuens·
- Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah lagu – nada
IRAMA
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsure masa dalam muzik.·
- Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil – detik·
- Setiap beat dan rehat mempunyai nilai samada panjang atau pendek – not dan tanda rehat·
- Kumpulan beat membentuk tanda masa/meter·
- Beat-beat mempunyai tekanan – accents·
- Gabungan not/beat membentuk corak irama yang berkaitan dan atau berulang-ulang –corak irama,ostinato,rentak
BENTUK
Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton – motif.·
- Gabungan siri pic-pic menghasilkan satu ide muzik – frasa·
- Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu ide muzik yang lebih besar – seksyen,koras,rangkap·
- Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan·
- Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan – intro,koda
HARMONI
Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menegak dan dinyanyikan/dimainkan serentak.
- dua pic boleh dibunyikan serentak – jeda
- gabungan 3 atau lebih pic dimainkan serentak – triad,kord.
- dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabung dan dibunyikan serentak – round,polifoni,deskan,kaunter melodi.
- iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni – kord iringan,homofoni
WARNA TON
- bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai cirri-ciri yang tersendiri – alat,suara manusia, binatang, kenderaan, alam semulajadi
- sesuatu bunyi-bunyian yang mempunyai mutu berlainan dan memberi satu gambaran atau ide yang tersendiri – garau, kasar, pipih, nyaring
- hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri yang dibuat daripada bahan-bahan tertentu, cara dibuat dan dibunyikan – soprano, alto, bes, alat membranofon (gendang) ,aerofon (tiupan) , kordofon (bertali) dan idiofon
EKSPRESI
Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang menghasikan satu ekspresi ide muzik
- sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut
- satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur – crescendo, diminuendo
- sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan secara beransur – sustain, legato, staccato
- sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan
- sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri – mud (riang, sedih, cergas)
TEKSTUR/JALINAN
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi bunyi yang didengar
- sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau tebal atau banyak – solo, duet,trio, quartet, okestra
- ia ditentukan oleh pembentukan harmoni – monofoni, homofoni, polifoni
RUJUKAN